Keinginan hendak membantu anak2 dalam Bahasa Ibunda telah membuat saya mencipta blog ini. Idea ini datang dengan serta merta. Harap2 ini dapat membantu mereka sedikit sebanyak dalam Bahasa Melayu. Insya'allah. :)
Friday, January 21, 2011
Peribahasa 2
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Maksudnya: Beban yang ditanggung oleh seseorang yang menderita
kesakitan atau kesusahan adalah lebih berat daripada orang lain yang melihatnya.
Ayat contoh: Usahlah memandang remeh penderitaan hidup ibu-ibu tunggal dan
anak-anak mereka kerana berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Air dingin juga yang dapat memandamkan api.
Maksudnya: Hanya kata-kata lembut yang dapat memadamkan api kemarahan.
Ayat contoh: Kemarahan bapa Shidah bagaikan tidak dapat dibendung setelah
mengetahui anak gadisnya itu menagih dadah sehinggalah ibunya memujuk si bapa dengan
kata-kata lunak umpama air dingin juga yang dapat memadamkan api.

Thursday, January 20, 2011
Peribahasa 1
Bagai Bertih Digoreng
Maksudnya: seseorang yang bagaikan tidak tahu berhenti bercakap atau mengomel.
Ayat contoh: Suami mana yang tahan dengan sikap seorang isteri yang kuat mengomel bagai
bertih digoreng.
Bertih: padi yang digoreng tanpa minyak & dibuang kulitnya.
Ayam Berak Kapur
Maksudnya: seseorang yang mukanya pucatlesi kerana terperanjat atau ketakutan
Ayat contoh: Wajah Ravi berubah bagaikan ayam berak kapur apabila guru besar membuka pintu bilik air ketika dia sedang seronok menghisap rokok.

Wednesday, January 19, 2011
kosakata 1901
alpa: lalai, kurang mengendahkan
mengalpakan: melalaikan, mengabaikan, melupakan
kealpaan: kelalaian, kelengahan
angkuh: mempunyai sifat atau watak meninggi diri, sombong, pongah
keangkuhan: sikap yang angkuh, ketinggian hati
aur: buluh, bambu ~ prb- bagai aur dgn tebing dikatakan mengenai orang yg
suka tolong diantara satu sama lain
badai: 1. angin ribut yg kuat, taufan 2. keadaan perasaan (fikiran) yg amat tidak tenteram,
keributan ~ Badai di hatikumasih belum reda. Dunia yang penuh badai.

Kata Mutiara buat anak2 ku
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin,
pasti akan ada ganjaran yang berganda.
~ Jim Rohn
pasti akan ada ganjaran yang berganda.
~ Jim Rohn
Bismillahirrohmannirrohiim
Bacaan Do'a sebelum belajar
Allahumma zukna yarrabbi fahman nabiyil wahifzan mursalin,
wa irhama malaikatatu mukarrabi fiy 'a fiyatin ya arhamarrohimin.
Ertinya: Ya Allah, kurniakanlah pada kami kefahaman para Nabi
dan hafalan para Rasul serta ilhamnya para Malaikat yang hampir (muqarrab)

dalam kesejahteraan wahai Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Subscribe to:
Comments (Atom)